BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Wednesday, January 1, 2014

11 JENIS MANUSIA YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

Dapatkan macam2 bedak sejuk disini.

Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik
Bedak Arab
Bedak Tanaka

***************************************************

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. 

Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia 
dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat 
keistimewaan daripada Allah S.W.T. Dalam kehidupan yang penuh 
dengan ujian ini, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam 
menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan 
malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah kerumitan keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan 
kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara 
golongan manusia yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Sabda Rasullulah : Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat 
akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur 
dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara 
kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan 
suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 
'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan 
kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada 
pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah 
(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan 
kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung 
saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...
(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, 
dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat 
solat, di mana ia melakukan solat."






7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul 
pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada 
malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik 
(ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal."Kemudian 
mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang 
ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) 
sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal 
lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan 
hamba-Ku?"Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat 
yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya 
dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana 
pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah 
ganti bagi orang yang berinfak...' "


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan 
kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan 
sahur."


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin 
menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat 
untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang 
dan di waktu malam hingga Subuh."

0 komen: