BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Thursday, May 5, 2011

ASAL USUL SEMBAHYANG

Semasa berblogging hari ni, terjumpa satu blog menceritakan
ASAL USUL SOLAT. 
Saja nak share dgn rakan2 blogger sebagai peringatan tentang
sebab2 SOLAT diadakan dan semasa masih bernafas di dunia 
yang fana ini supaya tidak leka dan tidak permudahkan solat wajib.....

ikhsan dari blog eyemeria.blogspot.com/

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah
Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu 
dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan 
dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh 
telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- 
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- 
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah 
Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan
padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang 
seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah
Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- 
Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- 
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- 
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- 
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah 
Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut
ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai 
sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah
Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah 
diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- 
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- 
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- 
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- 
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah 
Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan
dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya
matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat 
kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- 
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- 
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya

Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- 
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu 

Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah 
Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari
jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh 
dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan 
dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah 
Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- 
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- 
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- 
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- 
Dukacita terhadap anak Firaun.

JADI SEMBAHYANG LAH ANDA SEBELUM ANDA 
DI SEMBAHYANGKAN.... 
Jika ada yang tertinggal waktu solat wajib yang dahulu, 
qada lah cepat2 ye...

4 komen:

Sang Langit said...

Nice info here.. :)

blog-tips-kurus said...

aci tak kalau nak link/copy jugak? sangat menarik ni. tq in advance
:-)

Alya said...

alya2blog-tips-kurus
Boleh copy...

wan_cikgumuzik said...

salam ziarah.. saya bloger yg baru... baruu jerr start berblog pada 17 januari 2011 aritu.. tapi blog saya mendapat sambutan yang tinggi. alhamdulillah.. dalam beberapa bulan ini, folower saya telah mencecah 1000 org.. saya sudi memberika khidmat iklan dan membuat banner juga khid mat nasihat utk memajukan blog anda.. sila hubungi saya ok..

http://wancikgumuzik.blogspot.com

..