bisul, kayap, demam campak, jeragat mahupun dari
masaalah2 penyakit lain seperti mengurangkan kepanasan
suhu badan , mengeringkan masaalah kulit berminyak dan
juga membuang daki serta kulit2 sel yang sudah mati.
Tapi persoalan disini, jenis bedak mana yang sesuai
untuk rawatan masaalah penyakit yang kita alami ?
Ini yang perlu kita cari sendiri jawapannya.
Walaupun mungkin ada cadangan2 atau pandangan2
awal dari orang perseorangan namun hakikatnya kita
yang punyai penyakit itu dan kita sendiri perlu membuat
keputusan sendiri akhirnya jenis bedak mana yang
sesuai dengan kita, itupun kalau kita sudah pasti
akan menggunakan rawatan menerusi penggunaan
bedak tradisional ini.
Salah satu cara untuk mendapatkan jawapan ini ialah
dengan mencuba sendiri sesejenis bedak itu dan
melihat samada bedak itu serasi atau tidak untuk
merawat masaalah2 penyakit yang kita hadapi.
tradisional melalui penggunaan bedak ini sebab
kemungkinan besar rawatan melaluinya akan
mengejutkan kita akan adanya khasiat yang tersembunyi.
Walaubagaimanapun setelah mencubanya dan kita
dapat tahu akan khasiat rawatannya tetapi sebenarnya hanya
Allah saja yang tahu akan SEMUA khasiatnya yang
tersembunyi. Jadi jangan kita berhenti dari mencuba dan
jangan kita berhenti dari mencari khasiat2 lain dari rawatan
sesejenis bedak ini. Juga semasa memakai bedak ini,
Ada jenis-jenis bedak yang serasi untuk seseorang tetapi
tidak pula serasi dengan orang lain. Kenapa begini ?
Sebagai contoh Bedak Muntah Belut, dari analisa saya
melalui amal pakai sendiri serta testimoni2 yang telah
saya terima sejak membabitkan diri dalam perniagaan
bedak ini, 90% pemakai mengatakan mujarab dan 10%
lagi tidak menjadi kerana mungkin tidak mengikut cara
betul menggunanya atau tidak sabar untuk menunggu
hasil dari kesan rawatan bedak muntah belut ini.
Bedak Muntah Belut
Bedak Benang Sila
Kita perlu faham banyak faktor2 yang perlu diambil
kira yang menjurus kepada kesan dalam sesuatu rawatan
penggunaan bedak itu antaranya dari segi :
a) pengetahuan jenis kulit kita ada
- samada kering, berminyak atau campuran
b) jenis keparahan penyakit yang kita hadapi
c) faktor penyakit keturunan
- jenis penyakit yang sama pernah dihadapi oleh
generasi awal kita
d) keadaan kawasan persekitaran tempat tinggal kita
e) faktor cuaca
f) cara kebersihan diri yang kita amalkan
g) cara pemakanan atau diet kita....
Juga, walaupun kebanyakan jenis bedak ini ada
antaranya punyai harga lebih murah dan cara
pembuatannya pula tidak lah serumit dengan cara
pembuatan ubatan moden tetapi jangan terkejut
ada jenis2 bedak ini yang mempunyai khasiat yang
memberi kesan rawatan yang lebih baik jika
dibandingkan dengan ubatan moden.
Tujuan saya kongsikan jenis2 bedak ini adalah
untuk membantu agar jenis2 bedak tradisional ini tidak
pupus di telan zaman dan juga membantu untuk mengembang
semula khasiatnya dengan sentiasa memperkenalkannya
kepada umum / rakan2 blogger.
Juga yang uniknya, dengan pakai bedak ni contoh bedak
muntah belut, bedak benang sila...kita boleh pakai
semasa solat sebab bedak ni tiada bahan kimia kerana
asas pemprosesan bedak ni adalah dari tanah ( untuk
bedak muntah belut ) dan batu dalam laut ( untuk bedak
benang sila ). Ada juga digunakan untuk tayamum dan
untuk samak najis contoh samak najis air liur babi , anjing.
Insyallah di lain posting, saya akan kongsi lagi perihal
jenis2 bedak2 yang lain ni...





2 komen:
nak tanyee harge and mcm mane nak beli nyee ;]
salam echa
Utk harga termasuk pos, sila tengok sebelah kiri blog ini, scroll ke bawah. Ada senarai yg dicatitkan serta harga masing2 termasuk pos dan juga cara bayar. TK
Post a Comment