BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

ALYACRAFTS - TEMPAHAN KRAF BENANGKAIT

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, May 3, 2011

KENDURI KAHWIN ANAK SAUDARA 30.4.2011 DI JOHOR

Minggu lepas agak sibuk buat saya sekeluarga.
Tak sempat nak berblogging.

Lima hari berturut-turut saya, hubby serta 
keluarga travel dari Utara ke Selatan Malaysia.

Rabu 27.4.2011 
Travel ke Pulau Pinang untuk urusan peribadi
sambil bersiar2 dan makan nasi khandar di
Line Clear, Jalan Penang. 

Silap tak ambil gambar nasi khandar
tu. Sedap dengan ayam kurma, ayam kari,
telur ikan, bendi, taugeh goreng, papadum dengan
campuran kuah2 pedas. Bayar RM33 untuk 3 orang 
makan - Saya , hubby dan anak bongsu saya yang
usia 4 tahun. Tak pe lah mahal sikit...janji puas makan.

Semenjak pindah dari Pulau Pinang ke Ipoh pada 2008,
sudah agak lama tak pekena nasi khandar yang
sedap kat Pulau Pinang. Kat Ipoh ni ada juga
restoran mamak tulis " Nasi khandar Pulau Pinang "
tapi bila rasa, tak sama macam kat Pulau Pinang.

Jadi kalau nak makan nasi khandar sedap, kena 
la makan kat Pulau Pinang. Tempat asalnya.
         
Khamis 28.4.2011
Travel ke Tronoh, Perak untuk urusan interview
anak kedua saya di Universiti Teknologi Petronas
untuk intake 2011 lepasan SPM. Posting lepas
dah cerita perihal ini.

Jumaat 29.4.2011
Travel ke Johor untuk hadiri majlis perkahwinan anak
saudara saya. Anak kakak hubby saya. Bertolak dari
Ipoh pada pukul 5.30 petang dan sampai di tempat 
destinasi di Johor pada pukul 11 malam.
Perjalanan dari Ipoh ke KL tak la jammed sangat tapi dah
nampak banyak kenderaan keluar dari KL menghala Ipoh.
Hubby dah cakap lepas KL nanti, pasti kenderaan banyak.
Memang pun.

Melalui lebuhraya Guthrie ke Shah Alam ok tapi bila
nak ke Seremban, banyak betul kenderaan. Jammed sampai
berhenti2 (bumper to bumper gitu). Kat Dengkil, kat Seremban 
dan sepanjang jalan ke Johor. Banyak betul kenderaan.

Tapi yang tak seriknya, walaupun banyak kenderaan
menghala Johor, banyak yang bawa kenderaan mereka
laju2 melebihi had laju 110km dalam keadaan malam
dan hujan renyai2 termasuklah pemandu bas ekpress.
Pemandu bas ekpress pun berlumba2 dengan pemandu
kereta macam racing Formula one kat Sepang tu.

Sabtu 30.4.2011
Kenduri kahwin anak saudara perempuan.
Selamat Pengantin Baru kepada mereka.


Saya, hubby, 
keluarga serta
pengantin. Yang
perempuan tu anak
saudara hubby.












Pengantin lafaz akad
dan hantaran2
serta ahli keluarga
dan rakan2 
menyaksikan













Banyak paparazi
ambil gambar pengantin..














Saya bantu buat
'kek' pulut kuning
untuk meja pengantin











Lepas kenduri , pukul 5 petang, saya sekeluarga
bertolak ke Kuala Lumpur dan bermalam disana 
di rumah mak saudara. Punya la penat , rasa lenguh2 
seluruh badan. Hubby lagi kesian...berjam2 pandu
kereta tapi mujur ada R&R, dapatlah berhenti rehat.

Ahad 1.5.2011
Bertolak balik ke Ipoh tapi terpelencung ke Teluk Intan
melawat mak saya. Pekena mi rebus yang terkenal di sana
iaitu Mi Mastan Ghani. Sedap....

Dapatlah berehat beberapa jam . Petang tu sebelum
balik, hujan punya la lebat. Tunggu hujan reda baru
balik. Tiba di Ipoh pukul 8 malam.

Alhamdulillah perjalanan beberapa hari ini walaupun
memenatkan tapi seronok.

Hujung minggu ni silap2 travel lagi ke KL untuk hadiri 
dua lagi kenduri kahwin di sana ....

0 komen: