Perbanyakkanlah berselawat atas nabi Muhammad s.a.w

Perbanyakkanlah berselawat atas nabi Muhammad s.a.w

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

ANTARA TESTIMONI-TESTIMONI PENGGUNA BEDAK MUNTAH BELUT

(1)MAMAgEE : SALAM KAK...DH 2 HR TRY PAKAI BEDAK NI KAT MUKA...BESTLAH..PAGI2 MUKA KURANG MINYAK....(2) Azah Kuala Lumpur : Setelah mencuba bedak muntah belut selama 1 bln… saya mendapati kesan jerawat di muka saya semakin berkurangan. Terima kasih kepada kak alya kerana memperkenalkan product tersebut....(3) frazi Johor : dah beli.. dan tgh guna..muddahan mujarab!!! ....(4) ayu Selangor : X nmpk ksn yg ketara lg. kulit ayu ni kdg2 ade jrawt yg besar tu. Ble pkai bdk 2 tiap2 mlm jrwt dah mkin kcik. Xde bengkak dah. Skang ni tggu jrwt 2 ilang je. Kwn sy pkai p0n die kate ok.Nnt akak p0s kat almt yg sy bg jap lg. Kal0 leh nak dpt scpt mgkin sbb bdk dah nk abs. Rugi kalo stop pkai bpe ari....(5) Yatie Johor : Alhamdulillah puan, bila sy pkai bdak ni jerawat mmg cepat kering..Parut pn dah agak pudar, tp msh tgh brusaha ilangkn btl2. Sbb tu sy nk oder lg ni. Sy tgh nk cuba utk masalah lain spt kurap, ruam atau ekzema. harap2 brhasil. Timakash puan sbb bt blog tu. mula2 sy cr xjmpa..

Saturday, May 21, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Ulu Langat : Takziah kepada anak-anak yang meninggal dunia

Hari ini Sabtu 21 mei 2011 sekali lagi adalah hari 
trajedi bagi rakyat Malaysia.

Sekali lagi terjadi kejadian tanah runtuh yang
mengejutkan dan amat menyedihkan.

Kali ini berlaku di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, 
FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Selangor.

Walaupun ada kanak-kanak yang berjaya diselamatkan 
tetapi ada juga yang tertimbus. Ada saksi nampak 
kawan-kawan nya yang berada dibawah khemah sudah 
tertimbus cuma kelihatan tangan dan kepala mereka saja.

Mengikut lapuran Ketua Warden Rumah Anak Yatim
ketika kejadian berlaku, seramai 23 penghuni 
sedang membuat persiapan untuk menyambut 
ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan 
tengahari dan beramah mesra dengan penghuni 
rumah terbabit. 

Rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit
itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk
lima penjaga. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian jam 2.15 petang itu, anak yatim terbabit
sedang berlatih kompang dan nasyid sementara 
menunggu ketibaan tetamu. Ketika ini lah terdengar 
bunyi dentuman kuat diikuti dengan tanah runtuh. 

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus 
keseluruhan khemah yang terletak di luar rumah anak
yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu. Turut terkena
runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

Ucapan terima kasih kepda pasukan mencari dan 
menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan 
Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam 
Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung yang
bertungkus lumus mengeluarkan mayat dan 
membawa mangsa yang cedera parah ke Hospital.






















Al Fatihah dan takziah kepada mereka yang terkorban.

1 komen:

Abang Long said...

Salam...Tragedi yg sungguh menyayat hati..